PAKAR perubatan Islam ini kongsikan 11 tanda yang menunjukkan anda diganggu oleh makhluk halus. Jin adalah makhluk ghaib yang diciptakan oleh ALLAH SWT dari api dan memiliki akal. Kewujudannya adalah diceritakan menerusi surah al-Jinn dalam kitab suci al-Quran.
Baca juga Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang Begitu pun, adakalanya gangguan terhadap manusia oleh jin boleh berlaku apabila ada pertembungan antara kedua-duanya. Gangguan itu boleh jadi bentuk sihir yang dihantar oleh orang luar atau disebabkan kenakalan jin itu sendiri. USTAZ SHARHAN SHAFIE Mengulas isu itu, pakar pengamal perubatan Islam, Datuk Ustaz Sharhan Shafie berkongsikan cara untuk mengenal pasti jika kita diganggu makhluk halus atau syaitan dengan melihat kepada tanda-tanda berikut. “Yang pertama, kalau kita ada gangguan, ada beberapa tanda masa jaga dan masa tidur,” katanya dalam sebuah video TikTok berdurasi seminit. Baca juga Hantu Dan Jin Tak Boleh Bunuh Manusia Kecuali… Tanda-tanda tersebut boleh hadir dalam dua keadaan iaitu ketika seseorang itu sedang berjaga mahupun sewaktu tidur.
Antara tanda badan terkena gangguan jin ketika sedang berjaga adalah: 1. Jantung bergerak laju dan berdebar-berdebar tanpa sebab Selain itu, tanda adanya gangguan makhluk halus pada badan juga boleh dilihat menerusi jenis mimpi yang dialami ketika tidur. BERHATI-hati dengan beberapa jenis mimpi berikut yang mungkin menandakan anda diganggu oleh makhluk halus. Tambah Sharhan, “Tanda-tanda masa tidur pula adalah mimpi jatuh dari tempat yang tinggi, mimpi suatu persekitaran lama yang kita hidup waktu kecil dulu, orang tua balik bagi sesuatu kepada kita Mimpi berada di kawasan perkuburan, mimpi menyusui bayi. Itu mimpi-mimpi yang bermasalah. “Terutamanya, mimpi ular. Mimpi ular patuk, apatah lagi (jika) selepas patuk, (ular itu) lari hilang. Cukup masalah. Tetapi kalau dia (ular) patuk kita, kita patahkan lehernya mati, ada harapan (individu itu) sembuh dengan izin ALLAH.” Baca juga Kenali 3 bentuk mimpi dan fakta yang menarik mengenainya Diringkaskan, jenis mimpi yang boleh dijadikan tanda seseorang itu diganggu oleh jin adalah: 1. Mimpi jatuh dari tempat tinggi
Bagi individu yang sememangnya terkesan dengan buatan makhluk halus mahupun syaitan, Ustaz Sharhan mengingatkan agar sentiasa beramal dengan ayat-ayat suci al-Quran, terutamanya surah as-Saffat ayat 7. Baca juga Rasulullah SAW pernah disihir? Ini sebab surah al-Falaq diturunkan. Firman ALLAH SWT: “Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka.” (Surah as-Saffat, ayat 7) Titip beliau, bacalah surah tersebut sambil diiringi doa memohon pertolongan kepada ALLAH SWT. “”Ya ALLAH, jagalah aku daripada gangguan syaitan yang terkeji.” Jangan lupa surah as-Saffat ayat tujuh. Selamat mengamalkan. Insya-ALLAH,” pesan Sharhan. Sumber: TikTok Sharhan Shafie Foto: Freepik, TikTok & Pexels |