Apakah maksud Rukun Islam?Panduan ini akan membantu anda berkaitan topik rukun Islam secara lengkap dan tersusun. Show
Sebagai seorang Muslim, kita semua wajib mengetahui rukun iman dan rukun islam. Dalam panduan ini, saya juga akan menyatakan huraian lengkap berkaitan setiap rukun yang terdapat dalam rukun islam, berserta dengan contoh-contoh yang berkaitan. Jadi, mari kita mulakan.. Maksud IslamIslam bererti tunduk dan patuh menurut segala peraturan dan panduan zahir serta batin yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW. Iman dan Islam tidak boleh diceraikan untuk memperoleh pelepasan azab akhirat nanti. Keistimewaan Islam
Maksud Rukun IslamApakah maksud rukun Islam? Rukun Islam adalah lima perkara dasar dalam Islam, yang dianggap sebagai asas yang wajib bagi orang-orang beriman Ada satu hadis yang khusus menerangkan tentang 5 rukun Islam iaitu sabda Rasulullah SAW:
Rukun Islam diibaratkan seperti tiang-tiang yang saling memerlukan dan melengkapi untuk menegakkan Islam dengan sempurna. Rukun Islam itu ada 5 perkara, iaitu: Rukun Islam Yang PertamaMengucap Dua Kalimah Syahadah Perintah pertama Allah untuk manusia adalah mengucapkan 2 kalimah syahadah. Ucapan dua kalimat syahadah wajib hukumnya bagi seseorang yang ingin menjadi muslim. ASH-HADU AL LA ILAHA ILLA LLAH Maksudnya:
Setelah manusia mengaku Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad ialah pesuruhnya, dia telah melakukan kebaikan terbesar disisi Tuhan. Islam menetapkan syahadah sebagai teras atau tunjang keislaman yang perlu diucapkan, diimani, dihayati dan diamalkan selama mana seseorang itu melayari bahtera hidup di bumi Allah ini. Syahadah bererti menyaksian atau pengakuan seseorang terhadap sesuatu.
Apabila seseorang itu mengucapkan syahadah bererti dia telah mengaku dengan lidahnya mengenai sesuatu perkara. Konsep syahadah perlu difahami dengan mendalam dan diterjemahkan ke dalam kehidupan setiap orang Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Apabila seseorang telah melafazkan kalimah syahadah maka dia hendaklah mengerjakan segala apa yang telah diakui dengan lidah itu. Dia hendaklah mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah. Rukun Islam Yang KeduaMendirikan Solat 5 Waktu Sehari Semalam Semua orang Islam yang akil baligh wajib untuk solat. Solat ialah wahyu yang disampaikan secara terus oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW. melalui peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada bulan Ramadan. Solat wajib dilakukan 5 kali sehari walaupun sedang sakit (mengikut kemampuan). Solat yang wajib dilakukan dikenali sebagai solat fardu. Antara ayat di dalam al-Qur’an yang menekankan kewajipan bersolat ini ialah firman Allah yang bermaksud:
Tujuan solat
Rukun Islam Yang ketigaZakat merupakan kewajipan yang dikeluarkan pada harta orang yang memiliki kelebihan. Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya. Apabila zakat harta digunakan untuk menyucikan harta, maka zakat fitrah digunakan untuk menyucikan hati dan jiwa.
Zakat fitrah juga dinamakan “zakat al-nafs” ertinya zakat untuk menyucikan jiwa dengan mengeluarkan sebahagian bahan makanan yang mengenyangkan menurut ukuran yang ditentukan oleh syarak pada bulan Ramadhan setiap tahun. Ada beberapa jenis zakat yaitu zakat fitrah yang dikeluarkan pada bulan Ramadan, ada juga zakat mal iaitu zakat yang dikeluarkan berdasarkan hasil perniagaan. Zakat Harta Antara jenis zakat harta adalah:
Tujuan Zakat
Rukun Islam Yang KeempatPuasa Pada Bulan Ramadhan Ibadah puasa adalah rukun keempat dalam rukun Islam. Semua orang Islam yang tiada keuzuran diwajibkan untuk berpuasa.
Puasa bermaksud menahan anggota badan dari perkara yang menbatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Contoh: Menahan mulut dari makan dan bercakap sia-sia. Syarat-syarat wajib puasa:
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berikut dikecualikan daripada berpuasa: GOLONGAN YANG DIKECUALIKAN BERPUASA 1.Orang yang sakit kerana sekiranya dia berpuasa akan menyebabkan bertambah mudarat atau penyakitnya lambat sembuh. 2.Orang yang sedang dalam perjalanan yang lebih daripada 2 marhalah (92km). Kalau tidak menyusahkan boleh meneruskan puasa. Ini adalah lebih baik dengan syarat, mula bertolak sebelum subuh. 3.Wanita yang hamil atau wanita yang menyusukan anak dan bimbangkan kesihatan dirinya atau anak, atau kedua-duanya. 4. Orang tua yang sudah tidak mampu berpuasa. Rukun Islam Yang KelimaMengerjakan Haji Ke Baitullah Semua orang Islam yang mampu wajib mengerjakan haji. Orang Islam harus mengerjakan rukun ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Ibadah ini wajib bagi mereka yang berkemampuan dari segi:
PenutupSemoga panduan ini dapat membantu anda memahami rukun Islam dengan mudah. Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai agama Islam, anda boleh meninggalkan pertanyaan tersebut pada ruangan komen di bawah. Semoga bermanfaat! Apa yang dimaksud dengan rukun Islam?Rukun islam merupakan lima perkara dasar islam yang menjadi syarat utama untuk menjadi sosok muslim yang sempurna. Kelima perkara ini terdiri dari syahadat, salat, zakat, puasa, dan naik haji bagi yang mampu.
Apa yang dimaksud rukun Islam dan Rukun Iman jelaskan?Iman merupakan kepercayaan yang berkaitan dengan agama. Iman berkaitan dengan meyakini dalam hati, mengucapkan dengan lisan, dan mengamalkan dengan perbuatan. Sementara itu, rukun Islam bisa dimaknai sebagai perbuatan atau amalan yang diyakini dapat menjadi perantara menuju surga nantinya.
Apa saja isi dari rukun Islam?Rukun Islam ada lima, yakni: membaca dua kalimat syahadat, melaksanakan sholat, menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan, membayar zakat, dan pergi haji jika mampu.
Apa yang dimaksud rukun secara bahasa?secara etimologis pada mulanya kata kerukunan berasal dari bahasa arab, yaitu;” rukun” yang berarti tiang, dasar, atau sila. baik dan damai, tidak bertengkar (tentang pertalian persahabatan); (2) bersatu hati, bersepakat. Sedang arti kerukunan yaitu; (1) perilaku hidup rukun; (2) rasa rukun, kesepakatan.
|