Panduan doa ringkas selepas solat mudah rumi doa 2

Apakah doa, wirid dan zikir yang boleh diamalkan selepas solat? Artikel ini akan menerangkan beberapa amalan seperti doa, zikir dan wirid yang anda boleh diamalkan selepas solat dengan bantuan teks arab dan rumi

Pengenalan

Menjadi satu amalan selepas solat, kita akan meluangkan masa beberapa ketika untuk bermunajat kepada Allah. Bahkan, Rasulullah SAW juga berwirid serta berdoa kepada Allah selepas menunaikan solat. Di dalam satu hadis;

Diriwayatkan daripada Tsauban beliau berkata, “Apabila selesai mengerjakan solat, Rasulullah SAW akan membaca istighfar tiga kali lalu membaca;

‏ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ

“Allahuma anta salam wa minka salam tabarakta ya dzal jalali wal ikram” yang membawa maksud, “Ya Allah, Engkau pemberi keselamatan, dan daripada-Mu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.” (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam Kamus Dewan, doa bermaksud permohonan (permintaan) kepada Allah. Di dalam surah al-Ghafir ayat 60, Allah SWT berfirman:

قالَ رَبُّكُمُ ادعوني أَستَجِب لَكُم ۚ إِنَّ الَّذينَ يَستَكبِرونَ عَن عِبادَتي سَيَدخُلونَ جَهَنَّمَ داخِرينَ

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”

Wirid pula bermaksud bacaan yang kita ulangi dan ianya boleh merangkumi ayat daripada al-Quran dan juga zikir. Manakala zikir pula ialah bacaan-bacaan untuk mengingati Allah. Berikut merupakan antara amalan yang boleh diamalkan selepas solat.

Wirid 1

Baca sebanyak 3 kali

Maksudnya: “Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya”

Wirid 2

Baca sebanyak 3 kali

Maksudnya: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”

Wirid 3

Baca sebanyak 3 kali

اَللَّهُمَّ أَجِرْنِـى مِنَ النَّارِ

Allahumma Ajirni Minan-Naar

Maksudnya: “Ya Allah, jauhkanlah aku daripada api neraka”

Wirid 4

Maksudnya: “ Ya Allah, engkaulah Dzat yang memberi keselamatan (kesejahteraan), hanya darimu lah keselamatan (kesejahteraan) dan kepadamua lah segala keselamatan (kesejahteraan) itu kembali. Maka hidupkanlah kami Ya Allah dengan selamat (sejahtera), masukkan kami ke dalam surga rumah keselamatan (kesejahteraan), Engkaulah Dzat yang berkah wahai Tuhan kami dan maha luhur Engkau, Ya Tuhan kami yang Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan.

Zikir

Antara zikir-zikir yang kita boleh amalkan selepas solat. Kebiasaannya diulang sebanyak 11 kali, 33 kali dan ada juga yang membaca sehingga 100 kali. Di dalam satu hadis, daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata;

Abu Dzar al-Ghifari diajar Nabi Muhammad SAW satu amalan yang dapat menyamakan darjat beliau dan orang yang terdahulu:

Baginda bersabda: “Hendaklah kamu bertakbir (Allahu Akbar) setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali, bertasbih (Subhanallah) 33 kali dan kamu mengkhatamkannya dengan “laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah lahul mulku wa lahul hamduwa huwa ‘ala kulli syai’in qodir” maka dosamu akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan.” (Riwayat Abu Dawud)

سُبْحَانَ اللهِ

Subhanallah

Maksudnya: Maha Suci Allah

الْحَمْدُلِلهِ

Alhamdulillah

Maksudnya: Segala Puji bagi Allah

اللهُ اَكْبَرُ

Allahu Akbar

Maksudnya: Allah Maha Besar

Doa

Beberapa adab berdoa yang kita boleh amalkan semasa berdoa:

1. Memulakan doa dengan memuji Allah.

الحمد لله رب العالمين

“Alhamdulillahirabbil alamin”

Maksudnya: Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

2. Berselawat keatas Nabi Muhammad SAW

Maksudnya: “Semoga selawat serta salam keatas junjungan Nabi dan Rasul termulia serta keluarga dan sahabat-sahabatnya.

  1. Merendahkan suara ketika berdoa
  2. Menghadap kiblat

Doa-doa yang boleh diamalkan:

Doa 1

Maksudnya: Ya Allah, terimalah solat kami, puasa kami, rukuk kami, sujud kami, duduk kami, kerendahdirian kami, kekhusyukan kami, pengabdian kami, dan sempurnakanlah apa yang kami lakukan selama ini, Tuhan sekalian alam.

Doa 2

Maksudnya: Mereka berkata, Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami telah berbuat zalim kepada diri-diri kami. Dan jika Engkau tidak memberi keampunan kepada kami dan merahmati kami, kami sesungguhnya menjadi termasuk dari golongan orang-orang yang rugi.” (Surah Al-A’raf: ayat 23)

Doa 3

Maksudnya: Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.

Doa 4

Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir (Surah Al-Baqarah: 250)

Doa 5

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka. (Surah Al-Baqarah 201)

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi doa-doa yang bisa diamalkan selepas solat, tidak terhad kepada apa yang dikongsi diatas. Banyak ayat-ayat Quran yang merupakan doa para anbiya’ yang juga bisa kita amalkan pada bila-bila masa sahaja. Ianya tidak terhad, malah yang lebih makna buat kita adalah yang terbaik.

Antara kelebihan apabila kita mengamalkan zikir, wirid dan doa selepas solat, kita mendekatkan diri kita dengan Allah SWT, memberikan diri kita pergantungan serta pengharapan kerana Allah SWT sahaja tempat berharap dan bergantung kita sebagai makhluk. Allah SWT tidak akan memalingkan dirinya daripada kita, maka luangkan masa beberapa minit selepas solat untuk bermunajat pada-Nya. In sha Allah.

Bacaan Doa yang lain

Doa Ketika Ziarah Kubur Doa Lembutkan Hati
Doa Masuk dan Keluar Masjid Doa Tolak Bala
Doa Dipermudahkan Urusan Doa Untuk Pengantin Baru
Doa Masuk dan Keluar Rumah Doa Khatam Al-quran
Doa Mudah Tidur Doa Ketika Sedih
Doa Pengasih Doa Ketika Mimpi Buruk
Doa Agar Dicintai Allah Doa Ketika Lupa
Doa Majlis Perkahwinan Doa Penenang Hati
Doa Saidatina Fatimah Doa Agar Hujan Berhenti

Postingan terbaru

LIHAT SEMUA